My followers

Monday, May 23, 2011

yang sebenarnya..


Assalamualaikum,

Aku update status aku dekat facebook aku. aku kata yang aku busy, ada dua tiga orang tanya kenapa. so, aku jawab soalan korang dekat sini jer okay? aku busy tolong mama aku buat chocolate. ngee, aku jual chocolate ni dekat sekolah ;p apa arr, pergi sekolah bukan untuk belajar tapi untuk berniaga. mentang-mentang aku ambik sub perdagangan. woahhhh! cikgu perdagangan aku mesti bangga ;p takda la, aku jual ni just for fun okay?

Sebenarnya, aku jual ni untuk hari guru. sekolah kitorang sambut hari jumaat ni. so, aku ambik kesempatan ni untuk jual chocolate. dapat jugak tambah duit belanja aku -.- aku pokai ar. wek ;p aku perlu duit untuk? RAHSIA. tak sangka kan, nak jugak kengkawan aku beli chocolate ni. besttt nyer. ramai yang order tapi aku agak keletihan :/ sokay, minggu ni jer. minggu dah CUTI. dapat la aku rehattttttt. yeayyyy :D

Oh ya, before aku terlupa. banyak kengkawan aku dekat facebook tanya aku siapa yang poser aku tu. yang aku ada update dekat post post sebelum ni, soryy korang. aku tak dapat jawab soalan ni. sebab ni personal thing. huh, malas dah aku nak fikir benda ni. buat sakit hati je. biarkan dia bahagia buat orang macam tu. aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar.

aku upload sikit je gambar chocolate tu :3

Saturday, May 21, 2011

korang mesti tak tahu


Assalamualaikum, 

Aku boring betul hari ni. Cari punya cari idea. Tetiba datang idea nak post entry ni. Yeahhhh :D Okay, korang mesti tak tahu yang aku ni rabun kan? ada yang tahu dan ada jugak yang tak tahu. aku jarang , jarang? bukan jarang memang tak penah la ambil gambar pakai spec. aku tak suka -.- kalau ada pun , spec yang pakai main-main jer yang takda degree tu ;p aku start pakai spec dari aku sekolah rendah lagi. masa tu aku darjah 5 kalau tak silap. dulu selalu tengok orang pakai spec aku teringin la jugak kan. then, dah aku betul betul rabun ni. ish memang tak seronok la beb. wa kata kat lu! haha. jelous la tengok orang tak rabun. aku kekadang nak jugak pakai lens tapi aku ni gayat. uwaaaa :'( tapi nak try jugak! ;p 

kalau pakai tudung or shawls kan macam tak cun je dengan muka aku ni kalau pakai spec. jadi buruk, eyuuuww. so, amacam? aku nak pakai lens je la tapi bapak wa tak kasi lepas pulak. dia kata pakai lens buat mata rosak. confuse :/ sejujur-jujurnya, aku suka kalau aku tak pakai spec. kalau pakai spec muka aku ala-ala mak cik jual kuih. tapi mak cik jual kuih cantek tau! jangan pandang sebelah mata, pandang la dengan dua-dua belah mata. dah dah dah. mengarut je aku ni.hihihi.


ending cerita aku tak syok langsung , patut la takde manusia nak like . sobs sobs -.-

Friday, May 20, 2011

aku tarik diri

Assalamualaikum,



Aku join kadet koreksional last year. hmm kadet ni tak semua sekolah ada tau? sesetengah sekolah je ada sebab ni kadet baru :D Okay, bulan 6 ni sekolah aku ada buat kem, kem sekolah. aku nak join sangat kem tu tapi sayang nya kem sekolah tu buat masa cuti pulak. kalau aku ada pergi mana-mana cuti ni, thats mean aku tak dapat lah join kem sekolah. haiyakkk. kawan-kawan aku tanya aku confirm tak dapat pergi kem tu, aku pulak tak dapat nak jawab. so, susah-susah je aku nak serabutkan kepala aku ni baik aku tarik diri. biarlah, kalau aku tak pergi mana-mana and tak join kem ni macam aku rugi je kan? tapi nak buat macam mana. aku tak ada jawapan. parents aku tak confirm lagi nak pergi mana-mana. hope ada la ek? tak lah aku rasa rugi. hehehe :D

P/S: Malas aku nak update tapi aku nak update jugak.

Thursday, May 19, 2011

diet macam ni :D

Asalamualaikum,

1. Mulakan harimu dengan air suam diperah dengan limau nipis
- setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur , rajinkan diri pergi ke dapur dan mengambil segelas air kosong yang hangat, Campurkan air perahan daripada satu biji limau nipis. Jangan dicampur gula.
- baca Bismillah serta selawat
- Amalkan setiap hari, Khasiatnya , bagi membersihkan usus-usus dan melancarkan sisitem perkumuhan.

2. Sarapan pagi setiap hari jangan dilupakan
- Pastikan setia hari mengambil sarapan pagi.
- Jangan makan makanan berat yang menyebabkan rasa mengantuk dan malas. Contohnya , makanan larangan adalah nasi lemak.
- Pengambilan roti dua keping dan susu sudah cukup bagi mengalas perut.

3. Makan berpada-pada pada waktu rehat
- semua jenis nasi goreng, nasi lemak, nasi tomato, nasi bukhari , nasi beriani , nasi ayam adalah dilarang sama sekali.
- Jangan sesekali tergoda dengan deretan makanan yang dijual di kantin. please, kuatkan iman anda ;)
- Makan buah - buahan lebih baik :D

4.Makan tengah hari yang berkadar sederhana
- Makan dalam kuanttiti yang sedikit, mahu tambah? hanya sekali xp
- Perbanyakkan kuatiti sayur yang diambil
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Sebagai pencuci mulut, jangan capai aiskrim ataupun kek yang mengandungi banyak lemak berkrim. Makan lah buah-buahan yang lazat. Lagi elok makan buah-buahan tempatan demi menyokong kempen kerajaan. ( Tetapi makan epal hijau dan limau sunkist digalakkan! elakkan makan buah durian, kerana buah durian mempunyai lemak )

5. Minum petang yang menyihatkan
- Minum segelas jus segar bagi memberi penghidratan kepada tubuh badan.
- Sepotong kuih tidak berlemak seperti karipap, donut, dan pastri buah-buahan dibenarkan.
- Sekali lagi, capai salad sayur atau buah-buahan.

6. Makan malam yang terkawal
- Sila berdisiplinkan makan mengikut menu yang ditetapkan
- Makan malam sebelum jam lapan malam

7. Segarkan tubuh dengan air mineral 
- Apabila tekak minta dibasahkan, jangan capai air teh tarik ataupun kopi mahupun minuman bergas. Teguklah air mineral supaya memberi kesegaran kepada tubuh dan mengembalikan garam mineral berguna pada tubuh.
- Jus buah-buahan dibenarkan tetapi lebih elok tidak ditambah sebarang gula.

8. Rajin bersenam setiap hari
- Bersenam sekurang-kurangnya 1 jam.
- Pelbagaikan aktiviti senaman, Cuba lakukan senamrobik, berbasikal, berjoging, berenang, menari.
- JANGAN CURI TULANG ;p lakukan bersama-sama rakan atupun ahli keluarga ;)

9. Motivasikan diri setiap hari
- I can do it!
- Nothing is impossible!
- Jangan rasa rendah diri walaupun SAIZ COMEL. 
- Jangan peduli kata orang lain

10. Tanamkan azam dalam hati : KURUSKAN BADAN DEMI
- Apabila gemuk: Susah bergerak
- Apabila gemuk: Senang dapat penyakit jantung
- Apabila gemuk: Mudah dapat penyakit darah tinggi
- Apabila gemuk: Kolestrol dalam darah meningkat, diserang strok.
- Apabila gemuk: Cepat penat
- Apabila gemuk: Lenguh kaki sebab menampung berat badan berlebihan.
- Apabila gemuk: Susah nak cari saiz semasa SHOPPING

- Kesimpulan nya, kuruskan badan demi kesihatan dan kebaikkan untuk masa hadapan.

hai kawan-kawan, try la k? I pun nak try ni. macam okay jer, insya-allah kita boleh! malaysia boleh, rakyat nya juga boleh! yeahhh \m/ 


Tuesday, May 17, 2011

dont be poser, be yourself

kau poser aku, puas hati kau?

assalamualaikum,

hello poser. kau menyusahkan aku, kau kawan aku tapi kau poser aku mentah-mentah. ee tak kuasa aku nak melayan perangai kau tu. kau ikut link blog aku. aku perasan sangat. aku view blog kau and aku tengok link blog kita SAMA. aku terpaksa tukar link blog aku. tukar layout semua. sebab kau poser. boleh belah lah kau. kau poser kawan baik aku jugak, kau ikut entry dia. kau pasal? sengaja sangat buat orang marah. dengki lah tu. ish, ada jugak manusia macam kau ek? takpa la. aku malas nak gaduh dengan kau. aku diam je. tapi aku masih sakit hati tau tak? posers is losers.

p/s: aku tgh geram -.- tapi aku diam. bye.

Saturday, May 14, 2011

Alahai si semut



Assalamualaikum,


Aku memang tak boleh lupa apa yang terjadi dengan aku kelmarin. Kes yang ishh menggelikan -.- kelmarin, aku letih sangat sebab baru balik dari kadet. aku haus, so aku pergi dapur ambil gelas. nak minum air lah konon sampai tak tengok lagi dalam gelas tu ada apa. selalu nya gelas rumah aku bersih lagi suci. entah pasal gelas aku kelmarin penuh dengan semut. aku memang tak perasan. aku tuang air dalam gelas tu. entah pasal aku rasa lain macam aku tengok la dalam gelas tu. tengok-tengok dalam gelas tu ada SEMUT. eee geram nye. aku rasa nak muntah. aku terus baling gelas tu dalam sinki. uweeekk =.=


menyampah betul lah. ni bukan sekali aku kena tau, dah banyak kali aku kena kes macam ni. kenapa aku cuai sangat? hmmm. apa effek kalau kita TER makan semut? jadi pelupa? aku rasa lah sebab sekarang aku cepat sangat lupa tu lupa ni. ishhh. tak suke tak suke ( macam gedik ) haha.


aku search dekat GOOGLE pasal semut. macam-macam lah yang aku baca. dah la, aku malas nak baca. buat sakit hati je kalau di ingat balik kes semalam tu. okay, pengajaran dari cerita aku ni. lain kali kalau nak minum walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa. sila periksa gelas anda betul-betul. jangan cuai macam aku. tu nasib baik semut. kalau ada lipas atau cicak dalam gelas? lagi lah geli -.-



Apa korang buat dalam bathroom?



assalamualaikum,


Hello korang, aku ada benda nak share dengan korang lah. idea ni datang dari mak bapak aku ' eh, pasal pulak kan?' diorang selalu bising sebab aku selalu mandi lama. apa yang aku buat dalam bathroom lama-lama kan? selain dari mandi? jum tengok. mungkin korang pernah buat aksi-aksi ni dalam bathroom.


AKSI MENARIK DALAM BATHROOM


- berangan jadi puteri/putera raja
- buat tutorial macam mana nak berus gigi dgn betul
- buat tutorial macam mana nak cuci muka dgn betul
- buat konsert ala-ala justin bieber gitu
- menari macam budak-2 super junior
- baca surat khabar
- texting dgn awek/pakwe 
- calling 
- bawa lappy, online 
- buat tutorial cuci baju 
- buat iklan shampoo
- tengok cermin lama-lama . tanya dengan cermin ' siapa paling cantik hari ni '
- picit jerawat
- buat drama macam dalam televisyen 
- menangis sebab frust


haha. amacam? korang pernah tak buat aksi-aksi macam tu? aneh tak aneh, hmm ada jugak yang aku pernah buat sebab tu lama dok dalam bathroom ek? alamak! kantoii arrr :D 


P/S: lambat betul aku nak update entry ni banyak sangat halangan xp