My followers

Thursday, May 19, 2011

diet macam ni :D

Asalamualaikum,

1. Mulakan harimu dengan air suam diperah dengan limau nipis
- setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur , rajinkan diri pergi ke dapur dan mengambil segelas air kosong yang hangat, Campurkan air perahan daripada satu biji limau nipis. Jangan dicampur gula.
- baca Bismillah serta selawat
- Amalkan setiap hari, Khasiatnya , bagi membersihkan usus-usus dan melancarkan sisitem perkumuhan.

2. Sarapan pagi setiap hari jangan dilupakan
- Pastikan setia hari mengambil sarapan pagi.
- Jangan makan makanan berat yang menyebabkan rasa mengantuk dan malas. Contohnya , makanan larangan adalah nasi lemak.
- Pengambilan roti dua keping dan susu sudah cukup bagi mengalas perut.

3. Makan berpada-pada pada waktu rehat
- semua jenis nasi goreng, nasi lemak, nasi tomato, nasi bukhari , nasi beriani , nasi ayam adalah dilarang sama sekali.
- Jangan sesekali tergoda dengan deretan makanan yang dijual di kantin. please, kuatkan iman anda ;)
- Makan buah - buahan lebih baik :D

4.Makan tengah hari yang berkadar sederhana
- Makan dalam kuanttiti yang sedikit, mahu tambah? hanya sekali xp
- Perbanyakkan kuatiti sayur yang diambil
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Sebagai pencuci mulut, jangan capai aiskrim ataupun kek yang mengandungi banyak lemak berkrim. Makan lah buah-buahan yang lazat. Lagi elok makan buah-buahan tempatan demi menyokong kempen kerajaan. ( Tetapi makan epal hijau dan limau sunkist digalakkan! elakkan makan buah durian, kerana buah durian mempunyai lemak )

5. Minum petang yang menyihatkan
- Minum segelas jus segar bagi memberi penghidratan kepada tubuh badan.
- Sepotong kuih tidak berlemak seperti karipap, donut, dan pastri buah-buahan dibenarkan.
- Sekali lagi, capai salad sayur atau buah-buahan.

6. Makan malam yang terkawal
- Sila berdisiplinkan makan mengikut menu yang ditetapkan
- Makan malam sebelum jam lapan malam

7. Segarkan tubuh dengan air mineral 
- Apabila tekak minta dibasahkan, jangan capai air teh tarik ataupun kopi mahupun minuman bergas. Teguklah air mineral supaya memberi kesegaran kepada tubuh dan mengembalikan garam mineral berguna pada tubuh.
- Jus buah-buahan dibenarkan tetapi lebih elok tidak ditambah sebarang gula.

8. Rajin bersenam setiap hari
- Bersenam sekurang-kurangnya 1 jam.
- Pelbagaikan aktiviti senaman, Cuba lakukan senamrobik, berbasikal, berjoging, berenang, menari.
- JANGAN CURI TULANG ;p lakukan bersama-sama rakan atupun ahli keluarga ;)

9. Motivasikan diri setiap hari
- I can do it!
- Nothing is impossible!
- Jangan rasa rendah diri walaupun SAIZ COMEL. 
- Jangan peduli kata orang lain

10. Tanamkan azam dalam hati : KURUSKAN BADAN DEMI
- Apabila gemuk: Susah bergerak
- Apabila gemuk: Senang dapat penyakit jantung
- Apabila gemuk: Mudah dapat penyakit darah tinggi
- Apabila gemuk: Kolestrol dalam darah meningkat, diserang strok.
- Apabila gemuk: Cepat penat
- Apabila gemuk: Lenguh kaki sebab menampung berat badan berlebihan.
- Apabila gemuk: Susah nak cari saiz semasa SHOPPING

- Kesimpulan nya, kuruskan badan demi kesihatan dan kebaikkan untuk masa hadapan.

hai kawan-kawan, try la k? I pun nak try ni. macam okay jer, insya-allah kita boleh! malaysia boleh, rakyat nya juga boleh! yeahhh \m/ 


No comments:

Post a Comment